|
|
|
|
 |
|
| FusionExcel Menerima Anugerah Sumbangan Masyarakat Asian Cemerlang 2011 Dari Wanita Malaysia Pertama! |
| |
|
FusionExcel berbangga untuk dianugerahi dengan Anugerah Sumbangan Masyarakat Asian Cemerlang 2011 oleh Wanita Malaysia Pertama YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor semasa Jamuan Makan Malam serta Malam Penyampaian Anugerah Persatuan Pembinaan Pekerjaan Wanita (PPUWM) yang berlangsung pada 15 September 2011. Anugerah itu telah diterima oleh wakil daripada Pengurus Acara FusionExcel Encik Patrick Chan bersama dengan Ratu Dunia Malaysia 2011 Cik Chloe Chen. Bagi pihak FusionExcel, Cik Chloe Chen menyampaikan Hadiah Penghargaan kepada Wanita Pertama.
Semasa Acara itu FusionExcel juga berbangga untuk menaja RM 55,000 (mengandungi wang tunai dan produk-produk Sains Kuantum) kepada Persatuan Pembinaan Pekerjaan Wanita Malaysia.
PPUWM bertujuan untuk memberi menyokong kepada wanita, terutamanya bagi ibu-ibu tunggal dan wanita miskin yang memerlukan bantuan. Misi PPUWM adalah untuk mewujudkan satu pentas bagi ahli-ahlinya menunaikan impian mereka demi masa depan yang lebih baik dengan mempertingkatkan imej kendiri mereka, membina keyakinan kendiri mereka, mendidik dan membantu mereka meningkatkan ilmu dan kemahiran-kemahiran mereka atau menyediakan perniagaan-perniagaan mereka sendiri.
Acara yang dihadiri oleh 2,000 orang itu telah diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid. VVIPs yang menghadiri termasuk YBhg Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali (bekas Wanita Pertama Malaysia), YB Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen (Menteri Pelancongan Malaysia) dan YB Senator Heng Seai Kie (Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Tetamu Terhormat dan Penaung PPUWM YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
FusionExcel Antarabangsa telah diwakili oleh Pengurus Acara Encik Patrick Chan, Ratu Dunia Malaysia 2011 Cik Chloe Chen, Duta “Harapan Untuk Kanak-kanak” FusionExcel Cik Maggie Loo dan keluarganya, Presiden Pengarah Gary Gan dan isteri beliau dan Pemimpin Pengarah SP Wong.
|
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|