Bendera FusionExel Berada Di puncak Gunung Gasherbrum!
Laporan oleh Pemakai Loket Kuantum Surech Kuppusamy, Pendaki Gunung Bertaraf Dunia:

Pada aras 8035 meter, Gunung Gasherbrum atau G2 merupakan salah satu daripada 14 gunung di dunia yang mencecah 8000 meter pada aras laut, menjadikannya suatu muka bumi yang paling tinggi, paling sukar dan paling berbahaya di dunia. Pendakian G2 2008 dimulakan secara rasmi pada 08 Jun 2008 di Islamabad, bertempat di Kelab Alpine Pakistan. Kelab Alpine adalah gembira untuk menerima saya, rakyat Malaysia yang pertama, yang akan mendaki ke Karakoram Himalayas dan mencabar gunung 8000 meter pertama di sana. Bagi saya, ini merupakan pengalaman kali kedua saya memakai Loket Kuantum ketika dalam suatu ekspedisi. Kali pertama saya memakai Loket Kuantum adalah semasa latihan serta ekspedisi pencarian dan penyelamatan di altitud tinggi di Himalayas India pada Mac 2008. Sekali lagi saya giat mencuba kehebatan Loket Kuantum dalam persekitaran yang mencabarkan. Apa yang menantikan kita adalah salah satu trek yang paling mencabarkan dalam dunia yang menuju ke jejak glasier yang paling panjang yang dikenali sebagai Glasier Baltoro. Untuk hampir 2 minggu, kami akan berjalan selama berjam-jam, hampir setiap hari dan berjauhan daripada ketamadunan. Benar-benar suatu keadaan sempurna untuk mencuba Loket Kuantum, saya berfikiran sendiri. Di sepanjang jejak tersebut, saya turut telah minum air dari Botol Sukan Kuantum. Apa yang menakjubkan saya adalah kebolehan pemulihan pada pengakhiran hari. Sepanjang jejak tersebut, saya membahagikan Loket Kuantum di antara ahli-ahli pasukan pendakian. Kesemuanya adalah dalam kesihatan yang baik, dan buat kali pertama dalam pengalaman saya, saya tidak menjumpai mana-mana ahli pasukan pendakian yang jitu sakit disebabkan altitud. Jika tidak, ia adalah biasa untuk pendaki jatuh sakit ketika jejak ke gunung-gunung disebabkan altitud yang bertambah. Ini menakjubkan saya! Balik di Islamabad kami telah sekali lagi bertembung dengan lelaki yang menolong untuk menguruskan logistik pendakian pasukan kami, bukannya sesiapa tetapi En. Ashraf Aman. Beliau merupakan rakyat Pakistan pertama yang berdiri di puncak kedua tinggi di dunia, K2 yang hebat, yang dikenali sebagai gunung yang paling bahaya dan sukar di dunia. Selain dianugerahkan Pingat Presiden untuk Prestasi, beliau juga telah melakukan pendakian kedua di gunung yang membunuh ini, sejak ia ditawan buat kali pertama pada 1954, oleh sekumpulan Itali yang amat berpengalaman. En. Ashraf mengambil tahu tentang Loket Kuantum daripada kami dan beliau segera mendapatkan suatu Loket Kuantum untuk dirinya!